Tuesday 30 October 2012

kahwin muda

*salam*
Maaf entry ini sangat panjang.Saya menaip selama dua jam.Harap maklum. *lol
Many muslims said that marriage at early age is encouraged in Islam.But before any of us say that we must understanding first why Islam encourage us to get married early.Ahh susah la speaking, Let me continue in malay. Aku selalu sangat dengar kawan-kawan cakap pasal kahwin muda.Sampai aku pun pernah terasa ingin kahwin muda.Apa yang mereka selalu katakan....
1.Nak kahwin awal sebab nak elakkan maksiat.
Maksiat selepas kahwin pon boleh jadi.Ramai je yang berfoya-foya walaupun dah berbini tiga.Tapi tu manusia-manusia yang lalai.yeah That's it.Kalau kita kuatkan diri kita dengan Iman,kenapa pulak kita nak buat maksiat sebelum kahwin? Nak elak maksiat bukan kahwin satu-satunya jalan penyelesaian.Tapi kembalilah ke jalan yang benar.Follow the right path.Strengthen your Faith dear.Nak kuatkan Iman,bukan kahwin je satu-satunya ibadat yang kita boleh buat.banyak lagi kannnnn.....
2.Kalau kahwin (dengan suami yang berkerjaya) nanti suami boleh tanggung pelajaran.Tak susahkan parents.
Good point.Tapi kalau parents kita sanggup dan masih mampu untuk tanggung kita,kenapa tidak kita terima ? Setelah kita ada anak,mesti kita nak besarkan anak kita,jaga dan bagi pelajaran,bagi wang sehingga mereka berjaya ,kan? kejayaan yang anak-anak kecapi akan membuatkan ibubapa rasa gembira sebab kita berjaya kerana jasa mereka bukan jasa orang lain.For me, kalau nak ringankan beban parents,go and find a part time job.Not marrying a rich man while you are still studying.
3.Best je tengok orang lain kahwin muda.Sweet sangat-sangat.
Kita nampak mereka sweet.Tapi apa ujian dan cabaran yang mereka lalui kita tak tahu.Bukan nk persoalkan kebahagiaan mereka tapi mereka mungkin menghadapi masalah yang mereka tak tunjuk kat kita.Yang mereka zahirkan hanyalah kebahagiaan.Kalau mereka benar-benar bahagia bermakna memang mereka telah menemui jodoh mereka pada masa yang tepat.Dan masa yang tepat untuk mereka adalah di usia muda.Tapi bagaimana pula dengan kita ?

4.Kalau ada suami yang alim,warak,boleh belajar lagi mendalam tentang Islam.
Erm,memang betul tu.Somehow,Kat dunia ni ramai lagi ustazah yang boleh kita rujuk tentang agama.Banyak cara untuk kita mendalami tentang agama.Antara mahu dengan tidak je.
5.Takut kekasih dirampas orang.
Kalau dah jodoh,takkan lari gunung dikejar.Yang nih malas nak elaborate panjang lebar.
Kononnya takut kekasih dirampas orang tapi tup tup dia sendiri yang main kayu tiga .*huh . (utk playboy/playgirl je )
6.Ada tempat nak mengadu bila keletihan atau dalam kesusahan
Yeah.Memang seronok la kan.Penat-penat balik dari study fizik,kimia,ada orang kat rumah yang tenangkan.
Fuhh belaian selembut sutera .*joke*joke. hehe.Alaaa kalau penat sangat mesin ogawa kan ada.seringgit 3 minit.*again joke. Kalau ada masalah,mintak la tolong dengan parents.Kalau tak boleh,member kan ada.Apa guna kawan? Kata BFF FOREVER.. sebaik-baik pertolongan adalah dari Allah SWT.mintak lah dari-Nya. :)
proceed... memang ada kelebihannya untuk kahwin awal tapi ade jugak kekurangannya. if you have a strong feeling to get married,ask yourself,am I really ready ? bersedia untuk hadapi cabaran dan ujian berumah tangga.Bukan senang menjadi seorang isteri.Lagi susah menjadi seorang suami yang harus memikul dosa si isteri.Sebab ini lah ramai ibubapa yang tak bersetuju mengahwinkan anak-anak mereka ketika masih muda atau masih belajar.Ibubapa adalah orang yang lebih mengenali kita walaupun kita cuba untuk menafikannya dan sering merasakan kita telah dewasa.Mereka lebih mengetahui sejauh mana kemampuan kita.Dan mereka lebih mengetahui pahit getir pelayaran bahtera perkahwinan.*fuhhh ayat,grammar tak betol lantaklah .
Salah satu sebab yang membuatkan aku fikir sejuta kali untuk kahwin awal adalah keluarga.Dari form four aku mula tinggal di asrama sehingga sekarang berada di campus,aku sentiasa merindui rumah dan keluarga.Walaupun sem break berbulan-bulan tapi masih tak cukup.Desire to live with my family is very strong.I'm not ready to spare my life at my husband's house for I know it will lessen my time to be at home.So, I want to spent all the holidays with my family.Kalau kita sebagai anak pon rasa taknak berjauhan,apalagi parents kita.They are getting old.They will need us more.So,why don't you give them more chance to live  with you? Lepas kahwin,kita kena balik rumah mertua then gilir-gilir balik rumah kita.Bukan tak best balik rumah mertua but the main point here is to spent the time with our beloved family as much as possible.
Seorang isteri yang solehah perlu mentaati suaminya.Andainya berlaku perselisihan faham,boleh ke kita menahan diri dari perasaan marah? emosi.. bila ade je yang tak kena dengan member ,mesti kita terus melenting atau marah atau mengutuk sepuas hati.Tapi takpe sebab tu masa kita tak matang.Kematangan..that is what I meant by am I ready to be a wife and a mother ? Darah muda.Memberontak.It happens always in a human at teen age.Tapi kalau nak kahwin,tak boleh la bersikap sedemikian lagi.Perlu mencapai tahap kematangan maksimum dalam diri kita,okay ? Ini penting supaya bahtera tak karam di lautan carribean.*hehe . proceed. Responsibility.Sangat-sangat penting.Tau tak tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan tu sangat tinggi ? Aku nak bagi sepenuh tanggungjawab pada pelajaran pon susah.opss!kikiki..I am really not READY to get married.You ? still nak kahwin?Okay.move on..why? why you want to get married honey ? sebab tengok calon suami orang lain handsome,kaya,beriman,perfect? Itu jodoh dia.So,biar je la dia nak kahwin.Kita belum tentu dapat jodoh yang  sedemikian kalau kita mendesak untuk kahwin awal.Mungkin kita tak sedar tapi di saat kita mengeluh di saat itu lah kita cuba untuk menentang ketentuan-Nya.Why don't we just be patient and wait for the right time ? Bagi aku , masa yang sesuai untuk kahwin adalah setelah kita selesaikan semua komitmen kita terhadap perkara yang lebih penting dahulu.
keluarga-->pelajaran-->pekerjaan .
Semasa memenuhi ketiga-tiga komitmen ni,lengkap kan lah diri kita dengan pengetahuan dan amalan yang diajar dalam Islam.Then baru lah perfect.A better one .Kita nak isteri/suami yang terbaik.Samalah dengan pasangan kita.For sure they want us to be the best among others.
Sebagai seorang anak,mesti kena ada aim untuk balas jasa makbapak terlebih dahulu.Bila dah settle semua ni,baru lah penuhi keperluan dan kehendak kita untuk kahwin.yay!Dah boleh kahwin. !

p/s: mohon maaf kalau tersalah bicara.boleh di edit andai uolls ada yg nak perbetulkan :)

9 comments:

  1. T_T okayyyyyy...
    good point..~

    ReplyDelete
  2. Lol! sik boleh edit bah bila dah comment :P
    good point.. :) makes me think much more of what i want in life. i know im not ready, but i just want to. its a good think ive parents who says no. else id be in a bad shape =.=

    ReplyDelete
  3. butter,they have reasons why they dont let u. But if ur jodoh comes early,theres no reason to postpone it, when it comes to ur jodoh, ppl said , everything will run smoothly .. ^_^

    ReplyDelete
  4. Mmg kluarga juga satu faktor. Dah penah jmpa sorang yg sggup ckp. "i sanggup x kahwin. Ada family I pun dah cukup. I syg fmly lbih dr apa pun."

    ReplyDelete
  5. If I have a fmly like hers. I wont think abt marriage too

    ReplyDelete
  6. Jodoh meant to complete each other.

    ReplyDelete
  7. Org2 yg nk kahwin muda ni sperti trperangkap dlm sistem sekular. Kena abiskan blaja. Dh keja, pastu baru kwin. Padahal Islam itu indah dn mudah..n smetimes we are the one who make it harder

    ReplyDelete
  8. yup, btoll. kalau btol2 cukup syarat2 nye, kawen je lahh, dah ade duit, dah betul2 ready.. takde halangan, go on je. simple n easy. nak capai tahap utk lengkap kan smua tuh yg susah.

    ReplyDelete

i will reply later . thankyou . ^^