Monday, 27 June 2016

RAMADHAN and INTERNSHIP





ASSALAMUALAIKUM...

Ayat pembuka bicara cliche " wahh dah berhabuk blog aku nih. lama tak update " . HAHAHAHA.

Sedar tak sedar dah habes dah tahun ketiga aku as a degree student.Lagi setahun maka aku akan grad,InshaALLAH. 
Ya Rabbi lamanya belajar kat UIA ni. Tapi aku suka. Bukan suka belajar.Suka life as a student.Kenapa? Itu nanti aku cerita lain kali.

For UIA students,after third year kitorg kena buat internship.Sepatutnya aku sekarang rileks goyang kaki bercuti selama tiga bulan. Boleh jugak goyang kaki cuma kali ni goyang kaki sambil buat kerja kat ofis. Alah goyang2 pun still berlemak jugek kaki ni. Tak kurus2 pun. 

Aku taknak cerita pasal apa yang aku buat kat ofis ni.Just nak share apa yang aku rasa sepanjang intership yg berlangsung bersama Ramadhan ni.More to feeling expressions.

Life aku sekarang macam ni,Pukul 4 pagi bangun masak untuk sahur.Lepas sahur je terus siap2 nak pegi kerja. tak sempat dah nak tido oi. pukul 730 pegi kerja sampai la petang pukul 4 balik.Balik dari kerja pegi market beli barang2 apa yang perlu untuk masak berbuka.Paling lewat sampai rumah pukul 530 terus siap2 untuk masak. siap masak rileks kejap berbuka. Malam pukul10 tu dah lena dah.Sebabnya pukul 4 nanti nak kena bangun dah.

First week tukar gaya hidup macam ni.Agak culture shock jugak badan aku ni.Beza sangat dengan life aku dulu. cehh dulu. rasanya bakal aku buat lagi lepas intern nanti.Aku ni spesis burung hantu.Berjaga malam.siang hari tido. Pegi kelas petang. Pagi pegi jugak kalau terbangun.

Tapi Alhamdulillah masa intern ni boleh tukar habit tu.Dah sebelum intern tu dah mind set awal2 nak ubah lifestyle.Tak boleh la nak ikut gaya student kan.See the power of mind? Sebab tu otak kita ni kena dan perlu untuk fikir yang baik2 dan positif sahaja.

Bila kena jalani hidup macam ni,first thing yang aku rasa adalah PENAT.  Sebab rasa macam kena buat semua benda . Tapi bila muhasabah, fikir2 memang macam ni lah hidup yang bakal aku susuli lepas grad ni.Benda ni semua orang lalui. Nak taknak memang kena terima.Cuma mungkin aku belum bersedia sepenuhnya. Patutlah intern ni penting.memang tujuannya untuk preparation after grad nanti.Alhamdulillah,sekarang dah minggu ketiga intern,aku dah dapat adapt dah.Sekarang peratus untuk terus kerja lepas grad (plannya nak sambung master dulu) semakin meningkat.
Haa bila dah jalani sendiri,baru tahu macamana feeling mak ayah yang tiap2 hari kena kerja balik rumah buat kerja rumah,layan perangai kita yang macam2 kerenah ni.

Mak aku lepas kena strok tahun lepas, dah tak boleh nak buat kerja rumah dah. So,sekarang aku take over her duties of the house.Kemas rumah tu biasa dah dari dulu buat.Tapi ada satu bab ni.MEMASAK. FUHHHHH ! Dulu aku assistant jer. Mak aku masak ,aku tukang gaul.tukang campak2 je. Sekarang aku totally in charge. Plan nak masak apa, beli barang2 dapur and macammana nak masak semua sendiri.Bulan puasa ni, setiap hari dilema aku ,"nak masak apa ni ?".
Aku tak la pandai masak,serious. Tapi boleh la untuk kenyangkan perut tu.Thanks kat semua yang share resipi2 kat google.

Bila kena masak ni. Antara challenges yang aku kena tempuh first sekali to meet peoples needs and desires. Susah oii. in my case,people tu family aku la. Abah aku selera orang tua dan orang kampung.Adik2 pulak selera western. So everyday,kena lauk2 yang berbeza.Second,sedap dengan tak sedap. Kadang2 kurang garam.Kadang2 terlebih. Dah puasa susah la yang tak pro macam aku ni nak main agak2.

Tapi aku tak penat memasak.Aku suka masak.Suka try resipi2 beraneka rasa. Bahagia lepas masak dapat makan. Bonus kalau sedappp.

Aku tau life yang aku tempuhi sekarang ni,ramai dah ibu2 kat luar sana tu lalui.Sumpah aku respect depa yang kerja dan sempat balik masak untuk keluarga.Aku sekarang sampai tahap bila member2 mengadu nak makan tu nak makan ni ,demand ngan makpak depa,aku jadi hangin satu badan. Like,kau bersyukur jela mak kau masakkan tu.Jangan la demand sangat.

Btw,untuk raya tahun ni aku tak sempat nak buat biskut pape pun .Kalau buat weekdays mahu 3 4 jam lebih.Aku bila weekend je balik berbuka dengan nenek.Mana ada masa nak uli2 doh. Sedih setiap kali lalu kat bahagian baking dalam market tu. huhuhuhu. Beli jela nampak gayanya. Sobsss.

Every phase of life that we face will make us grow up . Apa pun , kita jangan cepat give up. Jangan cepat rasa penat. Setiap benda tu ada plus minus. Cari yang plus sahaja.positif la . Banyakkan bersabar bulan puasa ni.

Moga bulan ramadhan yang mulia ni,kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari Allah, Moga Allah permudahkan untuk aku, dan untuk mu jua.Ameen...


okay, petang ni kita masak ayam tandoori!
wish me luck !

Selamat Berbuka~

4 comments:

  1. gud luck utk internship nt ea..smg mak cpt sihat..kim salam pada beliau..

    ReplyDelete

i will reply later . thankyou . ^^